Monday, July 6, 2009

RAHSIA ATASI SIKAP PELUPA

Perkara yang menjadi amalan orang tua dahulu untuk mencegah daripada lupa dan sakaligus memperkuatkan daya ingatan, khususnya untuk menghafal ilmu dan pelajaran. Ia di ambil dari pengamatan orang tuan dan para alim ulamak yang terlibat dalam pengembangan syiar Islam khususnya menerusi institusi pengajian pondok:

Perkara Yang Perlu Dijauhkan:
i. Jauhi perbuatan maksiat kerana perbuatan maksiat menggelapkan pintu hati. Bila pintu hati tertutup, mak semua pintu-pintu rohani dan jasmani puntertutup.
ii. Jauhi perbuatan dosa, sama ada dosa kecil atau besar
iii. Jauhi makan buah epal yang masam rasanya dan yang kecut.
iv. Jangan memndang salib.
v. Jangan membaca tulisan yang terdapat pada batu nisan di tanah perkuburan.
vi. Jangan melalui antara binatang yang telah diikat dengan kayu atau antara binatang.
vii. Jangan berada di antara binatang-binatang ternakan yang berkaki empat.
viii. Jangan membuang kutu atau tuma ke atas bumi atau atas jalan.
ix. Jangan berbekam pada lubang tengkuk.
x. Jangan memakan rempah atau ketumbar hijau.
xi. Jangan meminum sisa tikus. Tutup makanan dari dijilat tikus.
xii. Jangan kencing di air yang tenang.
xiii. Kalau anda lelaki jangan berjalan di tengah-tengah antara dua wanita. Sering berlaku di kalangan remaja.
xiv. Jangan menyapu lantai dengan kain.
xv. Jangan sering memandang laut.
xvi. Jangan sering memandang buih-buih di laut atau sungai
xvii. Jangan mekan dalam keadaan berjunub.Kalau berjunub mandi dahulu.
xviii. Jangan makan daging ikan yu.
xix. Jangan terlalu banyak makan kacang biji gajus.
xx. Jangan memandang kemaluan.
xxi. Jangan memandang najis yang keluar dari dubur.


Perkara Yang Perlu Diamalkan:
i. Sentiasa menjaga kebersihan gigi dengan memberus atau menyiwak.
ii. Minum madu lebah. Mencantikkan kulit danb menguatkan ingatan.
iii. Makan buah kundur.
iv. Makan 21 biji buah kismis merah sebelum makan apa-apa waktu pagi. Ia juga dapat menyembuhkan berbagai penyakit.
v. Usahakan membuang balgham atau kahak di kerongkong. Makin banyak lendir makin kuat pelupa.
vi. Makan daging dapat menyihatkan dan mencerdaskan badan.
vii. Makan sangan sampai terlalu kenyang.
viii. Sentiasa sembahyang tahajjud.
ix. Rajin membaca Al Quran dengan menatap kitab Al Quran.
x. Banyakkan berselawat
xi. Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulallah saw, bahawa baginda bersabda, maksudnya:”Telah datang padaku Jibril a.s seraya berkata, Ya” Muhamad, barang siapa di antara umat mu sulit menghafal, maka ambil air hujan malam jumaat dengan sebuah bejana yang masih baru. Kemudian bacakan air tersebut Surah Al Fatihah sebanyak 70 , ayat Qursi 70, Surah Al Ikhlas 70, Surah Al Falaq 70, Surah AnNas 70 dan bacalah ayat “ Laa ilaaha Illaahu Wahdahu Laa Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyii Wayumiitu Wahuwaa ‘Ala Kulli Syai-in Qadiir.
Serta bacakan selawat ke atas Nabi sebanyak 70 kali, di mana ketika membaca itu jari jemari kendakkah dimasukkan ke dalam bejana berisi air hujan tersebut. Kemudian berpuasalah selama tiga hari berturut-turut dan berbukalah dengan air tersebut
.

No comments:

Post a Comment