Saturday, July 11, 2009

Madu Oh..MADU

Antara kelebihan madu ialah untuk Maag, Sesak Nafas, Tekanan Darah Tinggi, , Sembelit, ,Tonikum, Mengatasi Sakit Pinggang, Menguatkan Otot Jantung,Untuk Kekuatan Seksual, Menghilangkan Akibat Buruk Gairah Seks Yang Berlebihan, Makanan Yang Baik Bagi Bayi, Menanggulangi Mual-Mual Pada Wanita Hamil, Gangguan Empedu, Radang Lambung, Kencing Tidak Lancar Dan Tubuh Letih Serta Lesu, Toner Kulit (Mengencangkan, Melembutkan, Dan Melembabkan Kulit), Pembersih Wajah Setiap Hari, Conditioner Rambut (Kesehatan Rambut Dan Kulit Kepala).

1. MAAG
Apabila bangun tidur campurkan dua sendok makan madu dengan 3/4 air hangat, duduk dan minum. Beberapa saat sebelum tidur, minumlah kembali madu dan air hangat.
2. SESAK NAFAS
Sejemput jintan hitam (habbautussauda) ditumbuk halus, senduk dengan air panas tiga perempat gelas, setelah hangat disaring, campurkan dua sendok makan madu, minum dua kali sehari.
3. TEKANAN DARAH TINGGI
Satu buah Mengkudu bersihkan kulit dan bijinya, daging buah ditambah segelas sdm (sendok makan) madu, separuh jeruk nipis dibuat jus, bagi dua untuk pagi dan malam. Resepi ini juga bermanfaat bagi penyakit jantung, diabetes, kelelahan, gangguan pencernaan, dan mencegah pikun.
4. LUKA BAKAR
Madu dicampur dengan vaseline dalam takaran yang sama, oleskan pada luka bakar tersebut, setiap pagi dan petng, sampai kulit yang terbakar mengelupas, insyallah kulit anda seolah-olah tidak pernah terbakar sama sekali
5. SEMBELIT
Minum segelas susu dingin yang dicampur dengan sesendok madu setiap pagi dan petang, ini akan melunakkan kotoran dan membersihkan usus dengan sebersih-bersihnya.
6. TONIKUM
Merangsang ingatan, nafsu makan, dan menambah berat tubuh. Ambil daging mangga yang masak, lembutkan seperti di jus dan ditambahkan air hingga 3/4 gelas ditambah 1,5 sdm madu dan susu secukupnya. Usahakan minum dua kali sehari.
7. MENGATASI SAKIT PINGGANG
30 gram daun Kucai dan 25 gr jahe diiris-iris kemudian di jus. Tambahkan 60 cc madu lalu diminum. Konsumsilah 2 x sehari.
8. MENGUATKAN OTOT JANTUNG
1 Sdm madu dilarutkan dalam sedikit air kemudian dicampur dengan kulit delima yang direbus dengan api kecil dan tidak sampai mendidih.
9. UNTUK KEKUATAN SEKSUAL
Tiga siung bawang merah ditumbuk dan diperas dengan baik, kemudian ambil sarinya. Campurkan madu dengan takaran yang seimbang, lalu panaskan dengan api sedang sambil diaduk hingga hilang busa madunya. Minumlah ramuan ini 1 SDM sesudah makan siang setiap hari, dan bila ditambah dengan habbatussauda maka akan lebih menguatkan. Ramuan lainnya adalah 2 SDM madu + kuning telur ayam kampung + ½ sendok teh bubuk merica, tambahkan sedikit air hangat lalu aduk semuanya. Minumlah setidaknya dua kali dalam sepekan.
10. MENGHILANGKAN AKIBAT BURUK GAIRAH SEKS YANG BERLEBIHAN
Minumlah air kelapa segar ditambahkan dengan sedikit madu, cara ini dapat menghilangkan permasalahan di atas.
11. MAKANAN YANG BAIK BAGI BAYI
Pisang ambon yang dicampur dengan madu dan susu merupakan makanan terbaik bagi bayi.
12. MENANGGULANGI MUAL-MUAL PADA WANITA HAMIL, GANGGUAN EMPEDU, RADANG LAMBUNG, KENCING TIDAK LANCAR DAN TUBUH LETIH SERTA LESU
1 Gelas penuh sari wortel dicampur dengan 1 SDM madu 1 sendok teh sari jeruk nipis, dikonsumsi sebelum sarapan pagi
13. TONER KULIT (MENGENCANGKAN, MELEMBUTKAN, DAN MELEMBABKAN KULIT)
1 buah kulit jeruk ditambah 1 sdm madu kemudian diblender dengan halus. Gosokkan perlahan campuran tersebut ke wajah dan biarkan hingga 15 menit, lalu basuhlah wajah anda dengan air hangat untuk membersihkan ramuan tersebut.
14. PEMBERSIH WAJAH SETIAP HARI
Campurkan 1 sdm madu dengan sedikit susu bubuk di telapak tangan. Oleskan di wajah untuk membersihkan semua kotoran dan make-up. Lalu basuh hingga bersih dengan air hangat.
15. CONDITIONER RAMBUT
(Kesehatan rambut dan kulit kepala)Campur ½ cangkir madu dan 1 sdm minyak zaitun. Oleskan ke rambut dan kulit kepala, lalu ambil penutup dan biarkan hingga 30 menit dalam keadaan tertutup. Setelah 30 menit, keramasi dengan shampoo dan bilas rambut anda seperti biasa.
Silahkan mencoba.. Semoga anda selalu sehat dan senantiasa dalam lindungan Allah SWT.

Tuesday, July 7, 2009


"Jibril AS, Kerbau, Kelawar, dan Cacing"


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal solih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".


Monday, July 6, 2009

RAHSIA ATASI SIKAP PELUPA

Perkara yang menjadi amalan orang tua dahulu untuk mencegah daripada lupa dan sakaligus memperkuatkan daya ingatan, khususnya untuk menghafal ilmu dan pelajaran. Ia di ambil dari pengamatan orang tuan dan para alim ulamak yang terlibat dalam pengembangan syiar Islam khususnya menerusi institusi pengajian pondok:

Perkara Yang Perlu Dijauhkan:
i. Jauhi perbuatan maksiat kerana perbuatan maksiat menggelapkan pintu hati. Bila pintu hati tertutup, mak semua pintu-pintu rohani dan jasmani puntertutup.
ii. Jauhi perbuatan dosa, sama ada dosa kecil atau besar
iii. Jauhi makan buah epal yang masam rasanya dan yang kecut.
iv. Jangan memndang salib.
v. Jangan membaca tulisan yang terdapat pada batu nisan di tanah perkuburan.
vi. Jangan melalui antara binatang yang telah diikat dengan kayu atau antara binatang.
vii. Jangan berada di antara binatang-binatang ternakan yang berkaki empat.
viii. Jangan membuang kutu atau tuma ke atas bumi atau atas jalan.
ix. Jangan berbekam pada lubang tengkuk.
x. Jangan memakan rempah atau ketumbar hijau.
xi. Jangan meminum sisa tikus. Tutup makanan dari dijilat tikus.
xii. Jangan kencing di air yang tenang.
xiii. Kalau anda lelaki jangan berjalan di tengah-tengah antara dua wanita. Sering berlaku di kalangan remaja.
xiv. Jangan menyapu lantai dengan kain.
xv. Jangan sering memandang laut.
xvi. Jangan sering memandang buih-buih di laut atau sungai
xvii. Jangan mekan dalam keadaan berjunub.Kalau berjunub mandi dahulu.
xviii. Jangan makan daging ikan yu.
xix. Jangan terlalu banyak makan kacang biji gajus.
xx. Jangan memandang kemaluan.
xxi. Jangan memandang najis yang keluar dari dubur.


Perkara Yang Perlu Diamalkan:
i. Sentiasa menjaga kebersihan gigi dengan memberus atau menyiwak.
ii. Minum madu lebah. Mencantikkan kulit danb menguatkan ingatan.
iii. Makan buah kundur.
iv. Makan 21 biji buah kismis merah sebelum makan apa-apa waktu pagi. Ia juga dapat menyembuhkan berbagai penyakit.
v. Usahakan membuang balgham atau kahak di kerongkong. Makin banyak lendir makin kuat pelupa.
vi. Makan daging dapat menyihatkan dan mencerdaskan badan.
vii. Makan sangan sampai terlalu kenyang.
viii. Sentiasa sembahyang tahajjud.
ix. Rajin membaca Al Quran dengan menatap kitab Al Quran.
x. Banyakkan berselawat
xi. Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulallah saw, bahawa baginda bersabda, maksudnya:”Telah datang padaku Jibril a.s seraya berkata, Ya” Muhamad, barang siapa di antara umat mu sulit menghafal, maka ambil air hujan malam jumaat dengan sebuah bejana yang masih baru. Kemudian bacakan air tersebut Surah Al Fatihah sebanyak 70 , ayat Qursi 70, Surah Al Ikhlas 70, Surah Al Falaq 70, Surah AnNas 70 dan bacalah ayat “ Laa ilaaha Illaahu Wahdahu Laa Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyii Wayumiitu Wahuwaa ‘Ala Kulli Syai-in Qadiir.
Serta bacakan selawat ke atas Nabi sebanyak 70 kali, di mana ketika membaca itu jari jemari kendakkah dimasukkan ke dalam bejana berisi air hujan tersebut. Kemudian berpuasalah selama tiga hari berturut-turut dan berbukalah dengan air tersebut
.